Thursday, 26 September 2013

from Desaru to Singapore story part 3

assalamualaikum
hello peeps.hari seterusnya,kami pergi oversea.oversea sangatlah singapore tu kan..hehe.yelah.pasport kena cop negara lain.seguni punya happy i rasa.tapi trip kali ni atuk nenek tak ikut sebab passport depa kena tahan dgn pengurusan umrah yang-tak-jadi.kesian atuk nenek duduk kat hotel je.

our beloved family
 the first place yang kitorang pegi sebenarnya ialah woodlands.tempat tu macam kat Malaysia je.so we had our lunch there.pastu kitorang solat jama' zohor asar dekat masjid woodlands tu,tak ingat ape nama dia sorry~.lepastu,inilah tempat yang kami jejaki iaitu Taman Warisan Melayu a.k.a Istana Kampung Gelam. enjoy the photos!

 disebabkan kami sampai masa tu dah petang,jadi tak sempatlah nak masuk Istana ni.duduk2 je dekat luar amik gambar.Singapore ni,bersih betulkan.tak kisahlah luar ke,dalam ke,toilets diorang pun bersih.siap boleh tido lagi.kadang2 hairan macam mana negara bukan Islam pun sgt menjaga kebersihan dibandingkan dengan orang Islam sendiri.(lagi2 mesir)

the best photo taken by abi. unfortunately duck face of me.masa tu tgh bercakap sebenarnya

our family portrait.nice eh??of course lah ^^,,

the way to a lot streets.beauty buildings indeed

wonder what the shape of this tower..hexagon?octagon?

2 muhammads captured.^^,,

oww,what a gedix pose!

ummi and I
do we look like sisters?

kidzania line.peace.tak nampak muke muhammad
 then at the night,kami pon masuk safari night.sebenarnya mcm dh penat,tapi cikjah kata nak happening-happening.kita on lah.ticket pon cikjah yg belanja.so masuk jelah uolls.nak amik gambar haiwan tak boleh,sbb time ni mlm and those animals are very sensitive to flashlight.jdnye amik gambar dgn trak pon jdlah.

see.muhammad pun dh pengsan kat bahu cikmi.

night safari singapore.babai:(
masa kat atas stage ni,adelah satu family korean ni pon amik gambar.dgn tak malunye,aku pun tegurlah dia."are you korean?"sbb dgr masa die nak amik gambar sebut "hana dul ses"..die pon angguk2 kehairanan mcm mne tau die korean(agaknyelah)pastu aku pun ckp "welcome to singapore",mcm aku ni org singapore jek padahal tiru org arab yg kemana2 aku pegi ckp "welcome to egypt".muehehehehe.

so nilah trip kami sekeluarga.bnyak lagi gambar sebenarnye,tapi tak sompatlah nk letak semua.

terima kasih kerana membaca entri ini.

from Desaru to Singapore story part 2

abi dan umi yang disayangi
assalamualaikum
hello peeps.hari seterusnya kami sekeluarga berjalan2 sekitar desaru.takdelah berjalan sangat pun.tapi kitorang pergi muzium nelayan Tanjung Balau.

muhammad sibuk orang nak amik gambar dgn abi


bestlah muzium ni.dia cerita pasal kehidupan masyarakat yang menjadi nelayan dari zaman dulu.bagaimana mereka menggunakan bintang sebagai panduan adakah hari tu sesuai ke tidak untuk turun ke laut.tak kurang jugak,yang mempercayai bomoh dan dukun untuk meramal cuaca.macam tulah zaman dulu.mereka belum tahu hukum2 agama.tapi masa zaman tu ilmu Islam pun belum tersebar luas mcm skarang.jadi lebih baiklah mereka buat something yng diorang tk tahu,dri kita yg buat dosa dlm keadaan dh tahu.

ok,jom kita bergambar dengan bot cantek nii

bersama sepupu2,comel je kan kami jadi ikan.ummu jadi kuda laut.

anak2 dara bersimpuh di atas tangga
 tadi pun dah cerita ni muzium nelayan,so dalam ni banyaklah replika brg2 lama.paling best sekali rumah lama pun ada.jadi kitorang yang jakon tak pernah jumpa rumah kayu pun ape lagi..bergambar lah sana sini..enjoy the photos!
nilah kaklong beskal zaman dulu.takde fixie2 yg colourful bagai tuh..
amboi,tingginye pakcik diver ni.are you american?

 kat dalam muzium ni,ade jugaklah diterangkan tentang alatan2 moden yang digunakan zaman sekarang.macam replika kapal2 besar yang canggih2 dan mewah2 tu pun ada,macam Titanic dan lain2(entah,tau satu je).sebenarnye gambar ade,tapi dlm hardisk abi.

azwani buat parody pakcik nelayan ^^,

muhammad!!jgn tarik kain tu.sexy karang!!ngee^^,,

baguslah pergi muzium ni,selain dapat bergambar dgn mannequin dapat jugaklah tambah ilmu pengetahuan.atuk nenek pun hepi sbb there were lots of things yg remind diorang pada zaman kanak2 mareka,

terima kasih kerana membaca entri ini.

from Desaru to Singapore story part 1

assalamualikum
hello peeps..dalam entri yang julung2 ini,ummu nak share kenang-kenangan masa pergi desaru hari tu.ni baru first time pegi sebab tulah eksaited sgt..trip kali ni,pegi dgn family sebelah abi.kira oklah dapat gathering mcm ni dgn family yang tak brape nk besar sgt.kan...kan??desaru ni dekat johor.perjalanan dari KL tu dalam setengah hari jugaklah.entah~i slept all the way long

time is gold.
sementara tggu abi check-in hotel,oh ya,kitorang stay kat lotus desaru hotel.duduk sekejap dekat lounge.baca surat khabar,rasenye nilah first time aku baca surat khabar lepas balik dari mesir.selama ni,view online je.

hensemkan naif?? tengoklah sape kakak dia
swimming pool terbentang luas

lepas dah check-in kenalah angkat barang2.time ni rasa mcm cantik pulak building hotel ni.meh laa amik naif jadi model sambilan..bila petang,rutin biasa lah pegi hotel mana2pun mesti akan mandi olam (versi abi ckp kat naif mse kecik2).kolam ni best,sbb dia ada gelongsor yang panjang sangat.aku pun dgn tak brapa nak segannye mandi sekali,tapi gambar mandi tu seganlah nak letak kat sini.kite tgok olam pun ok lah...


bila hari dah malam.sebelum katil menjadi tongkang pecah.baik snap cepat2..eleh ummu,bajet je amik gambar depan mirror dgn DSLR..typical photographer..maka berlalulah hari yang memenatkan dan kami semua off to sleep.

terima kasih kerana membaca entri ini.