Sunday, 22 December 2013

liability to sleep

assalamualaikum
return on blogging.
tonight i took coffee since it has been a long time i'm not caffeinated ,then end up not able to sleep and being glued in front the lappy.

what a bizarre.
such this habit is so not me who usually off to bed at early night.
for along time i've been log in to facebook scrolling up and down.viewing the pictures and like them or simply sharing what i think somewhat beneficial to others

this is the time,i pull out old picture which is not so nice but i love them to-be-upload to my timeline.and the status was so barely to be typed.i feel awkward to the death peeps!

i dont know what to write because i care too much on people sight 

i do want to share how happy my life is,how complicated and challenging it is.
but because i live my real life so casually and wonderfully there's no enough words to express them!!

i'm now struggling for the mid term exam.which only has 6 subjects but being hold for about a MONTH! that was killing right?

and i want to make it better than last year hopefully

because i want to spend the winter break joyfully with my brother,cousins and friends to
make the good memories soon last longer enough to cover another 5 months before going back to Malaysia so i need a happy outcome after the exam.

i'm good and i dont need a man by now.

Tuesday, 26 November 2013

a breeze of bright hope


When nothing is sure,everything is possible.
So don't be afraid of uncertainty.
With patience,effort and curiosity,see how things are slowly turning out so well.


aku punya satu impian.
impian yng tak pernah pasti adakah ini destini aku.
setibanya mata dicelikkan dari tidur
walaupun saban hari melalui perkara yang sama,yang hakikatnya semakin payah
aku yakin di sini tempatku.
kerana aku yakin pada Rabbku
yang setiap hari menyediakan rezeki melimpah ruah untukku.
rezeki zahiriah dan batiniyah.
yang rata2 manusia hanya melihat luaran,yang diiktiraf oleh manusia

melankolik mengisi jiwa di malam sepi ini.alhamdulillah hari ni result jpa dah keluar.alhamdulillah dan tahniah pada  3 orang roommates saya yang berjaya mendapat durian runtuh gilaan ramai ni.

alhamdulillah jugak,walaupun tak dapat, rasa biasa saja.sebab bila meletakkan keyakinan tu pada Allah.semua benda akan rasa ringan.macam tipu jugak la kan tak sedih,padahal masa lepas check tu time kelas biochem terbayang2 apa reaksi abi,umi,atuk,dan nenek klau tahu aku tak dapat jpa.maklum saja cara pemikiran wanita yang kompleks,dalam situasi lain pun boleh saja fikirkan hal lain,hampir saja mata ini menitiskan air mata.

jadilah produk gagal yang membawa kegembiraan.

macam coklat brownies,asalnya adalah kek yang tersalah bahan dan pembikinan,tapi accidentally membawa perubahan,keceriaan bagi yang menikmatinya.
kalau kita tak berjaya dalam sesuatu benda,bukan bermakna kita gagal dalam segala benda.ada hal lain yang kita boleh buat sebenarnya.

dulu pernah cakap dgn umi,kalau kaklong tak dpt jpa,kita boleh tolong org lain yg lebih susah dri kita,yg memang takde peluang nak smbung pelajaran.lagipon atuk kan ada banyak duit,pasti melimpah-limpah pahala atuk bila dapat taja cucu sendiri belajar ilmu untuk ummat.

dan sekarang,tugasnya adalah di bawah tanggungjawab aku.tugas untuk betulkan niat.belajar ni sbb nak dapat ilmu ni sungguh2,bukan setakat pengetahuan je.sbb pengetahuan boleh hilang.tapi ilmu ialah hadiah istimewa dari pencipta ilmu iaitu Allah.dan sebab belajar ni,.nak bantu keluarga,nak tolong masyarakat.nak org lihat Islam tu hebat.

aiwah,jauh lagi aku nak ke situ.
besarnya impian.semoga jadi kenyataan wahai Ummu Najwa.

so,jalan ni kene byak usaha.betul2 banyak.


tahun ni,duit makan pakai zakat selangor-semoga jadi baiklah wahai diri yang mengalir darah zakat ni.tapi duit yuran rasanya pakai duit atuk lagi kot.Allahu,bertambah2 pahala atuk.semoga sorga untukmu wahai atuk,dan nenek,dan abi,dan ummi...arggh!!rindu semua..

semoga keikhlasan milik kita
#haritu dah nazar,kalau dapat jpa kene puasa 3 hari,kalau tak dpat pon kene puasa jugak sebab yakin rezeki tu ada kat tempat lain.
#berjanji dh tak nak makan maggi dan beli keropok.semua tu melemahkan minda.kita sibuk jaga akhlak dan amalan,tapi tak jaga pemakanan.masih makan makanan2 murahan.next month nak start beli buah dan sayur atau roti.
#ade je org perasan aku selalu senyum time lecture dan buat Doktor2 yang mengajar mengalihkan pndgn padaku.alhamdulillah.itu tips belajar dari Dr.Muhaya.indeed,rasa senang nk terima ilmu bila kita dlm keadaan gembira.

Friday, 22 November 2013

cast your mind back !!

Bismillah.

begitu chepat rasanya masa berlalu,baru hri khamis minggu lepas masuk kelas dental materials,ni dh jumpa balik hari khamis.maksudnya pagi-pagi lagi dh serabut dgn formula2 fizik disusuli dgn lab phsio dan histology.

mungkin sbb rutin kami hampir sama setiap hari.paginya ke kuliah.2 petang balik-rehat-makan-solat-studi-tido.dan repetitive action tu nak tak nak mmg kene buat setiap hari.

mcm boring je,
mcm sunyi je.

dah,kalau boring memanjang tu namanya org tak tahu bersyukur!!

back to dental materials(subjek paling best di dunia, chewah!!) harini kami belaja metallurgy.metallurgy ni belaja tentang metal dan alloy.lebih kepada penerangan jenis2 material yg sesuai digunakan dlm bidang pergigian.walaubgaimanapun,science theory tak boleh blaja lompat2.kene hadam dan faham satu persatu.

sampai satu part dia trgkn pasal cast metal..CAST! yup,semua org thu ape maksud cast.dlm bahasa melayu maksudnye acuan.
dalam bahsa inggeris ada satu pepatah= cast your mind back.
yeah,that is.fikirkan balik niat sebenar dtg sini.kalau betul2 nak ilmu mesti takkan rasa boring,mesti takkan rasa jemu.

teringat balik first meeting dgn Dr.Mustafa Mahmoud dulu.die tanya setiap seorg dri kami,kenapa awak belaja dentistry?mcm2 jawapan diberikan.ade kata nk dpt duit bnyk,ade kata nk support future family,ade kate nk kawin.ade kata nak tolong org.tak kurng yg kata sbb Lillahi taala.

mula2 rasa mcm lawaknye diorng ni bgi jawapan mcm tu.mcm budak2 kowt~

tapi pandainye Subhanallah Dr.Mustafa ni senyum je dgn jawapan sume org.lastly beliau komen mcm ni.
(ini sudah di translate ke malayuwiyah...)
tak kisah apa tujuan awak nak belaja ilmu ni untuk apa.tapi di hujungnya jgn lupa letakkan Allah sbgi matlamat.awak nak kawin nak support family.itu adalah yg terbaik,awak kembangkan umat Muhammad SAW.awak besarkan mereka dgn rezeki yg baik dan halal.kemudian didik mereka untuk jadi masyarakat Muslim yg baik.awak akan dpat ganjaran yg besar.

lebih kurang mcm tulah seingat saya.

so,cast your mind back..
kalau rasa mcm tak nak pegi kelas,umi selalu ingatkan..
         "kita tak tahu mna keberkatan ilmu tu.mungkin hari yg kita ponteng tulah yg paling berkat"
kembali bersemangatlah hai jiwa melalui pengulangan sementara ini.hakikatnya syurga lah tempat kerehatan yg abadi.


tu jantung katak tahu!
#ini experiment untuk lab physiology.last week buat effect of temperature on the heart beat. pastu buat effect of extra-systole to heartbeat.Allahu,berapa bnyak dh katak2 
yang berkorban sepanjang tempoh aku belajar.yang pasti tempt mereka di syurga.kita ni belum tentu lagi.
#sgt2 terkesan oh dgn pemergian saudara ammar.nak jadi mcm beliau.tapi diri ni sgt bnyak kelemahan.dan tak sangka kita pernah satu sekolah.moga aura mu terus menjadi semangat untuk kami semua!


oh ye,kalau2 ummi terbaca post ni,jgn terbayang2 gambar katak pulak time tgh driving.
esok kaklong ade quiz anatomy .
result jpa pun dh nak keluar.sama2 doakan kaklong ye.

assalamualaikum.

Saturday, 2 November 2013

2nd day of NOVEMBER

Even the day that tree not smelled like ice cream
and the wind not smelled like cotton candy
Allah gives endless forgiveness
so seek for Him in whatever situation you are

alangkah indah hidup di bawah Rahmat Allah,
kerana kasih sayangNya manusia dapat hidup 
kerana kasih sayangNya masih ada lagi insan yang jujur
kerana kasih sayangNya bumi ini dapat berputar dengan aman,tenang dan damai.

alhamdulillah...alhamdulilah...alhamdulillah...

ku bawakan kisah nabi Musa bersama kaumnya bani Israel 
kisah ini kisah lama,
kisah para nabi.
kisah yang dahulu sering diperdengarkan ketika zaman2 sekolah.
tapi hari ini kisah ini kedengaran sangat bermakna.mungkin kerana pertambahan usia yang menjadikan aku lebih matang dan menilai dengan kaca mata yang berbeza.

A story of Prophet Musa a.s.

At the time of Prophet Musa a.s., the rain stops. There are no drinks, no plants. Then, the people come to prophet to ask for a rain. Prophet Musa a.s. took them to a place to ask from Allah for the rainfall. However,there is no rain! Allah says that someone has do a great sin, so there is no rain. After a some time hearing the announcement from prophet about the sinner, there is no one go out from the gathering. Without anyone knows, that person ask for a forgiveness and promise not to do bad things again. He repent. Suddenly, the rain falls. Prophet Musa a.s. surprised and ask Allah what is the cause of this rainfall. Allah said that that person has repented and back to the true path. Then, Prophet a.s. ask who is that person but Allah Taala reply “I did not humiliate him at the time he disobeyed me; why would I now humiliate him when he had come under My Shelter?"

-Endless forgiveness and mercy from Allah Taala.
-Each one should return to Allah Taala first before late.
-Prohibiton in open disgrace of ourselves.



Wednesday, 16 October 2013

Tazkirah ; UKHUWAH

Assalamualaikum
hello peeps.di ptg hari ini,marilah kita bersama2 mengisi masa lapang dgn sedikit sentuhan peringatan untuk diri kita yang sering lupa.ok,ayat mcm nak jadi MC forum dah..

recently,terasa benar makna disebalik kawan dan sahabat,BFF dan ukhuwah?
so,apa makna ukhuwah?

meh google sikit...mengikut Hassan Al-Banna,ukhuwah itu bermaksud ''hati-hati dan ruh-ruh yang terikat dgn ikatan akidah''.ukhuwah terjalin daripada wahdatul aqidah iaitu kalimah syahadah.

Hadis Nabi S.A.W bersabda 'sesungguhnya umat Islam itu bersaudara.'

nah,terang-terangan dah kan,umat Islam itu bersaudara.bila seseorang itu mengucapkan kalimah syahadah,maka menjadi Islam lah dia,dan menjadi saudara kita lah dia.

ukhuwah ni pun ada level..

setinggi2 level ukhuwah ialah melebihkan sahabat lebih daripada dirinya sendiri walaupun dalam keadaan yang kita sangat2 memerlukan sesuatu.maknanya;let's say kita ada air setengah botol dalam keadaan yang panas terik dan kawan kita pun dahaga jugak,kita tanpa fikir banyak kali terus bagi kat kawan kita air tu..haa,berapa ramai yang sanggup buat macam tu?? paling kurang pun mesti minum dulu,ada lebih baru bagi kat kawan tu.kalau takde babai la kawan tu.

serendah-rendah ukhuwah pulak ialah berlapang dada atau dengan kata lainnya mudah memaafkan.

berlapang dada seperti melepaskan belon ke udara

pernah terfikir dulu,ketika baru pindah kat Assiut ni,kenapa aku sorang je yg tercampak kat sini?
kenapa takde orang yang sealiran dengan aku?
kenapa diorang tak sama macam kawan2 sambest?
kenape?kenape?kenape?

sebab Allah nak aku tolong diorang.Allah nak tunjuk kasih sayangnya yg walaupun kite tak sama tapi kita boleh syg-menyayang.
walaupun kita berbeza warna kulit dan bahasa,kita boleh senyum to each other!!
takkan kita nak duduk dalam kelompok yang sama saja sepanjang hidup.

hubungan kita dengan sahabat sebenarnya adalah tanggungjawab kita kepada Allah,supaya kita sentiasa menjaga sahabat kita untuk sama2 mencapai kejayaan hakiki.iaitu syurga.

we have to believe semua ketentuan Allah itu ada hikmahnya.dan kita kena gali apa hikmah di sebalik sesuatu.bukan menyalahkan takdir!!

"TERIMA SEGALA BAIK DAN  BURUK TENTANG SAHABAT KITA"
bila difikirkan semula,sejauh mana laa aku betul2 menerima baik dan buruk sahabat aku.kadang2 baru dia buat salah sikit dan terkata-mengata dalam hati.walhal patutnya kene berlapang dada,kalau berani patutnya tegur..mana nak carik kawan yang baik je setiap masa,mana ada? dan takkan nak jadi org yg memilih?

tulah dekat sini,dah belajar macam2 benda.

semoga Allah sentiasa beri kekuatan untuk kita sayang sahabat kita seketat-ketatnya dan bagi kita keberanian untuk saling tegur-menegur ke arah kebaikan tanpa merosakkan hubungan ini.

semua orang boleh sebut UKHUWAH FILLAH.tapi tak semua orang boleh praktikkan.


#p/s; hari ni berpicnic di club house AUN.malam pulak dinner dekat Partnet TUT hotel.
a nite i wont forget.May Allah bless us,our friendship,our bond,our second family.I love uolls big much!lillah!

rendang daging,kuah kacang,ayam masak merah dan nasi impit menjadi main course


the frienship may Allah bless



Tuesday, 15 October 2013

Eidul Adha di upper Egypt

Assalamualaikum.
hello peeps.salam Aidil Adha.kullu sanah wa antum toyyibin...
Alhamdulillah,Allah celikkan lagi mata kita untuk menyambut hari kemenangan umat Islam ini..kalau tahun sebelum ni biasanye turun Cairo balik kampung rumah negeri Selangor,raya kali ni disebabkan Assiut pun dah ramai orang Melayu,AQM pun berkorban kat sini jadi kami semua pakat raya kat Assiut ja.so far sgt fine and fun jgaklah beraya kat sini..qurban kali ni adlh collaboration antara pihak AQM dan clubhouse AUN.

solat sunat adil adha kat luar sebab masjid dah penuh


  • Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang.
  • Dari segi syara‘ bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam :

undefined

Maksudnya:

“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”




Perkataan qurban bermakna qarib atau dekat. 

Dengan melaksanakan ibadah qurban, maka diharapkan agar hubungan kita sebagai makhlukNya semakin dekat kepada Al-Khaliq iaitu Allah swt.

"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syari'atkan penyembelihan Qurban supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Rabb-MU adalah Allah yang satu karena itu berserah dirilah kamu kepada-NYA. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh." [Al-Hajj 22: 34]


Dulu kesian kat kambing, sebab dia kena sembelih sampai mati. Sekarang kesian kat diri sendiri, sebab kambing tu dah dijanjikan syurga tapi diri sendiri belum tentu lagi.


warga Malaysia di Assiut

gambar2 juniors yang dicuri di Facebook


panorama eidul adha yang ceria

salam eidul adha
 "Hambamu telah datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah. Hambamu telah datang menyambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah milik-Mu, tiada sekutu bagi-Nya"

ceritera Usbu' Istiqbal Assiut '13

Assalamualaikum,
hello peeps,
Hadiqah Firdaus muhafazah Assiut
lovely juniors.sayang semua kerana Allah.
boat merentasi nile river
owh,tak sangka betul.pejam celik,pejam celik dah masuk first year dentistry dah kite..maknanya,sudah jadi kakak senior lah.haa,tua dah..semalam baru habis buat laporan UIA 2013,hari ni,kite report kat belog pulak..yelah,report tu tak best,takde gambar2,semua tulisan hitam aje.kat sini boleh celoteh panjang siket.huhuhu....
fasi kene pakai jubah uolls!!morning smile ^^V

dinner atas cruise,Restaurant Aurora
nak sambut junior punye pasal.maka terbentuklah lajnah istiqbal yg AJK nye terdiri drpd senior 11 org yg dah balik awal.lepastu nak menguruskan 95 org budak baru..haa,tak cukup tgn kau jah!! tapi kire mcm best jgaklah first time jadi fasi,mengurus adik2(ade abg2 hencem jgak) mcm mana nk survive duduk kat mesir.bawak diorang beli barang,ronda2 Assiut.pegi taman,naik bot and mcm2 lagi lah kitorang buat.

sementara tggu junior masuk dewan,sempat bergwiyomi !!!

untuk UIA 2013 ni,ade 10 org junior diletakkan bwh tggungawab Ummu Najwa..huu,serius gelabah jgak lah nk handle adik2 ni.(adek lah sgt!!)..yelah adek kat rumah ade 2 org.sekali kene jga 10 org.penatlah jugak tapi seriously best sgt diorang nii..

sebenarnya dalam gambar ni ada 4 org je yg lagi muda dari aku.so tklah junior sgt.

kesimpulannya,diharap kita semua akan menjadi warga Assiut yang harmoni dan saling bantu-membantu baik dalam pelajaran mahupun kehidupan seharian.semoga Allah menguatkan silaturrahim kita semua.ok,untuk adik2 jgn sakit rumah (homesick)..kite semua kat sini adalah keluarga,walaupun kita bukan berada di Malaysia.yang penting,tajdid niat selalu dan fokus dengan matlamat asal kedatangan kita di bumi ambiya' ni.



Monday, 7 October 2013

my lovely family

assalamualaikum
hello peeps..ini adalah penangan sakit rumah (baca 'homesick')..sebab sekarang tengah sibuk uruskan junior2 yang baru masuk.dan bau bilik diorang semua bau Malaysia yg buatkan aku jadi rasa betul2 nak balik rumah.dan tambahan pulak semua orang duk sibuk buat video tuk program usbu' istiqbal,so rase nak buat video jgak...jadi nilah hasilnya.main2 buat video online from animoto..

enjoy the video!!

my lovely family


#program kali ni,macm biasa ..jadi s/u tapi merangkap buat semua keje jgak..moga Allah mudahkan semua urusan senior Assiut.^^v

Thursday, 26 September 2013

from Desaru to Singapore story part 3

assalamualaikum
hello peeps.hari seterusnya,kami pergi oversea.oversea sangatlah singapore tu kan..hehe.yelah.pasport kena cop negara lain.seguni punya happy i rasa.tapi trip kali ni atuk nenek tak ikut sebab passport depa kena tahan dgn pengurusan umrah yang-tak-jadi.kesian atuk nenek duduk kat hotel je.

our beloved family
 the first place yang kitorang pegi sebenarnya ialah woodlands.tempat tu macam kat Malaysia je.so we had our lunch there.pastu kitorang solat jama' zohor asar dekat masjid woodlands tu,tak ingat ape nama dia sorry~.lepastu,inilah tempat yang kami jejaki iaitu Taman Warisan Melayu a.k.a Istana Kampung Gelam. enjoy the photos!

 disebabkan kami sampai masa tu dah petang,jadi tak sempatlah nak masuk Istana ni.duduk2 je dekat luar amik gambar.Singapore ni,bersih betulkan.tak kisahlah luar ke,dalam ke,toilets diorang pun bersih.siap boleh tido lagi.kadang2 hairan macam mana negara bukan Islam pun sgt menjaga kebersihan dibandingkan dengan orang Islam sendiri.(lagi2 mesir)

the best photo taken by abi. unfortunately duck face of me.masa tu tgh bercakap sebenarnya

our family portrait.nice eh??of course lah ^^,,

the way to a lot streets.beauty buildings indeed

wonder what the shape of this tower..hexagon?octagon?

2 muhammads captured.^^,,

oww,what a gedix pose!

ummi and I
do we look like sisters?

kidzania line.peace.tak nampak muke muhammad
 then at the night,kami pon masuk safari night.sebenarnya mcm dh penat,tapi cikjah kata nak happening-happening.kita on lah.ticket pon cikjah yg belanja.so masuk jelah uolls.nak amik gambar haiwan tak boleh,sbb time ni mlm and those animals are very sensitive to flashlight.jdnye amik gambar dgn trak pon jdlah.

see.muhammad pun dh pengsan kat bahu cikmi.

night safari singapore.babai:(
masa kat atas stage ni,adelah satu family korean ni pon amik gambar.dgn tak malunye,aku pun tegurlah dia."are you korean?"sbb dgr masa die nak amik gambar sebut "hana dul ses"..die pon angguk2 kehairanan mcm mne tau die korean(agaknyelah)pastu aku pun ckp "welcome to singapore",mcm aku ni org singapore jek padahal tiru org arab yg kemana2 aku pegi ckp "welcome to egypt".muehehehehe.

so nilah trip kami sekeluarga.bnyak lagi gambar sebenarnye,tapi tak sompatlah nk letak semua.

terima kasih kerana membaca entri ini.

from Desaru to Singapore story part 2

abi dan umi yang disayangi
assalamualaikum
hello peeps.hari seterusnya kami sekeluarga berjalan2 sekitar desaru.takdelah berjalan sangat pun.tapi kitorang pergi muzium nelayan Tanjung Balau.

muhammad sibuk orang nak amik gambar dgn abi


bestlah muzium ni.dia cerita pasal kehidupan masyarakat yang menjadi nelayan dari zaman dulu.bagaimana mereka menggunakan bintang sebagai panduan adakah hari tu sesuai ke tidak untuk turun ke laut.tak kurang jugak,yang mempercayai bomoh dan dukun untuk meramal cuaca.macam tulah zaman dulu.mereka belum tahu hukum2 agama.tapi masa zaman tu ilmu Islam pun belum tersebar luas mcm skarang.jadi lebih baiklah mereka buat something yng diorang tk tahu,dri kita yg buat dosa dlm keadaan dh tahu.

ok,jom kita bergambar dengan bot cantek nii

bersama sepupu2,comel je kan kami jadi ikan.ummu jadi kuda laut.

anak2 dara bersimpuh di atas tangga
 tadi pun dah cerita ni muzium nelayan,so dalam ni banyaklah replika brg2 lama.paling best sekali rumah lama pun ada.jadi kitorang yang jakon tak pernah jumpa rumah kayu pun ape lagi..bergambar lah sana sini..enjoy the photos!
nilah kaklong beskal zaman dulu.takde fixie2 yg colourful bagai tuh..
amboi,tingginye pakcik diver ni.are you american?

 kat dalam muzium ni,ade jugaklah diterangkan tentang alatan2 moden yang digunakan zaman sekarang.macam replika kapal2 besar yang canggih2 dan mewah2 tu pun ada,macam Titanic dan lain2(entah,tau satu je).sebenarnye gambar ade,tapi dlm hardisk abi.

azwani buat parody pakcik nelayan ^^,

muhammad!!jgn tarik kain tu.sexy karang!!ngee^^,,

baguslah pergi muzium ni,selain dapat bergambar dgn mannequin dapat jugaklah tambah ilmu pengetahuan.atuk nenek pun hepi sbb there were lots of things yg remind diorang pada zaman kanak2 mareka,

terima kasih kerana membaca entri ini.

from Desaru to Singapore story part 1

assalamualikum
hello peeps..dalam entri yang julung2 ini,ummu nak share kenang-kenangan masa pergi desaru hari tu.ni baru first time pegi sebab tulah eksaited sgt..trip kali ni,pegi dgn family sebelah abi.kira oklah dapat gathering mcm ni dgn family yang tak brape nk besar sgt.kan...kan??desaru ni dekat johor.perjalanan dari KL tu dalam setengah hari jugaklah.entah~i slept all the way long

time is gold.
sementara tggu abi check-in hotel,oh ya,kitorang stay kat lotus desaru hotel.duduk sekejap dekat lounge.baca surat khabar,rasenye nilah first time aku baca surat khabar lepas balik dari mesir.selama ni,view online je.

hensemkan naif?? tengoklah sape kakak dia
swimming pool terbentang luas

lepas dah check-in kenalah angkat barang2.time ni rasa mcm cantik pulak building hotel ni.meh laa amik naif jadi model sambilan..bila petang,rutin biasa lah pegi hotel mana2pun mesti akan mandi olam (versi abi ckp kat naif mse kecik2).kolam ni best,sbb dia ada gelongsor yang panjang sangat.aku pun dgn tak brapa nak segannye mandi sekali,tapi gambar mandi tu seganlah nak letak kat sini.kite tgok olam pun ok lah...


bila hari dah malam.sebelum katil menjadi tongkang pecah.baik snap cepat2..eleh ummu,bajet je amik gambar depan mirror dgn DSLR..typical photographer..maka berlalulah hari yang memenatkan dan kami semua off to sleep.

terima kasih kerana membaca entri ini.