Wednesday, 16 October 2013

Tazkirah ; UKHUWAH

Assalamualaikum
hello peeps.di ptg hari ini,marilah kita bersama2 mengisi masa lapang dgn sedikit sentuhan peringatan untuk diri kita yang sering lupa.ok,ayat mcm nak jadi MC forum dah..

recently,terasa benar makna disebalik kawan dan sahabat,BFF dan ukhuwah?
so,apa makna ukhuwah?

meh google sikit...mengikut Hassan Al-Banna,ukhuwah itu bermaksud ''hati-hati dan ruh-ruh yang terikat dgn ikatan akidah''.ukhuwah terjalin daripada wahdatul aqidah iaitu kalimah syahadah.

Hadis Nabi S.A.W bersabda 'sesungguhnya umat Islam itu bersaudara.'

nah,terang-terangan dah kan,umat Islam itu bersaudara.bila seseorang itu mengucapkan kalimah syahadah,maka menjadi Islam lah dia,dan menjadi saudara kita lah dia.

ukhuwah ni pun ada level..

setinggi2 level ukhuwah ialah melebihkan sahabat lebih daripada dirinya sendiri walaupun dalam keadaan yang kita sangat2 memerlukan sesuatu.maknanya;let's say kita ada air setengah botol dalam keadaan yang panas terik dan kawan kita pun dahaga jugak,kita tanpa fikir banyak kali terus bagi kat kawan kita air tu..haa,berapa ramai yang sanggup buat macam tu?? paling kurang pun mesti minum dulu,ada lebih baru bagi kat kawan tu.kalau takde babai la kawan tu.

serendah-rendah ukhuwah pulak ialah berlapang dada atau dengan kata lainnya mudah memaafkan.

berlapang dada seperti melepaskan belon ke udara

pernah terfikir dulu,ketika baru pindah kat Assiut ni,kenapa aku sorang je yg tercampak kat sini?
kenapa takde orang yang sealiran dengan aku?
kenapa diorang tak sama macam kawan2 sambest?
kenape?kenape?kenape?

sebab Allah nak aku tolong diorang.Allah nak tunjuk kasih sayangnya yg walaupun kite tak sama tapi kita boleh syg-menyayang.
walaupun kita berbeza warna kulit dan bahasa,kita boleh senyum to each other!!
takkan kita nak duduk dalam kelompok yang sama saja sepanjang hidup.

hubungan kita dengan sahabat sebenarnya adalah tanggungjawab kita kepada Allah,supaya kita sentiasa menjaga sahabat kita untuk sama2 mencapai kejayaan hakiki.iaitu syurga.

we have to believe semua ketentuan Allah itu ada hikmahnya.dan kita kena gali apa hikmah di sebalik sesuatu.bukan menyalahkan takdir!!

"TERIMA SEGALA BAIK DAN  BURUK TENTANG SAHABAT KITA"
bila difikirkan semula,sejauh mana laa aku betul2 menerima baik dan buruk sahabat aku.kadang2 baru dia buat salah sikit dan terkata-mengata dalam hati.walhal patutnya kene berlapang dada,kalau berani patutnya tegur..mana nak carik kawan yang baik je setiap masa,mana ada? dan takkan nak jadi org yg memilih?

tulah dekat sini,dah belajar macam2 benda.

semoga Allah sentiasa beri kekuatan untuk kita sayang sahabat kita seketat-ketatnya dan bagi kita keberanian untuk saling tegur-menegur ke arah kebaikan tanpa merosakkan hubungan ini.

semua orang boleh sebut UKHUWAH FILLAH.tapi tak semua orang boleh praktikkan.


#p/s; hari ni berpicnic di club house AUN.malam pulak dinner dekat Partnet TUT hotel.
a nite i wont forget.May Allah bless us,our friendship,our bond,our second family.I love uolls big much!lillah!

rendang daging,kuah kacang,ayam masak merah dan nasi impit menjadi main course


the frienship may Allah bless



Tuesday, 15 October 2013

Eidul Adha di upper Egypt

Assalamualaikum.
hello peeps.salam Aidil Adha.kullu sanah wa antum toyyibin...
Alhamdulillah,Allah celikkan lagi mata kita untuk menyambut hari kemenangan umat Islam ini..kalau tahun sebelum ni biasanye turun Cairo balik kampung rumah negeri Selangor,raya kali ni disebabkan Assiut pun dah ramai orang Melayu,AQM pun berkorban kat sini jadi kami semua pakat raya kat Assiut ja.so far sgt fine and fun jgaklah beraya kat sini..qurban kali ni adlh collaboration antara pihak AQM dan clubhouse AUN.

solat sunat adil adha kat luar sebab masjid dah penuh


  • Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang.
  • Dari segi syara‘ bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam :

undefined

Maksudnya:

“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”




Perkataan qurban bermakna qarib atau dekat. 

Dengan melaksanakan ibadah qurban, maka diharapkan agar hubungan kita sebagai makhlukNya semakin dekat kepada Al-Khaliq iaitu Allah swt.

"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syari'atkan penyembelihan Qurban supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Rabb-MU adalah Allah yang satu karena itu berserah dirilah kamu kepada-NYA. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh." [Al-Hajj 22: 34]


Dulu kesian kat kambing, sebab dia kena sembelih sampai mati. Sekarang kesian kat diri sendiri, sebab kambing tu dah dijanjikan syurga tapi diri sendiri belum tentu lagi.


warga Malaysia di Assiut

gambar2 juniors yang dicuri di Facebook


panorama eidul adha yang ceria

salam eidul adha
 "Hambamu telah datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah. Hambamu telah datang menyambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah milik-Mu, tiada sekutu bagi-Nya"

ceritera Usbu' Istiqbal Assiut '13

Assalamualaikum,
hello peeps,
Hadiqah Firdaus muhafazah Assiut
lovely juniors.sayang semua kerana Allah.
boat merentasi nile river
owh,tak sangka betul.pejam celik,pejam celik dah masuk first year dentistry dah kite..maknanya,sudah jadi kakak senior lah.haa,tua dah..semalam baru habis buat laporan UIA 2013,hari ni,kite report kat belog pulak..yelah,report tu tak best,takde gambar2,semua tulisan hitam aje.kat sini boleh celoteh panjang siket.huhuhu....
fasi kene pakai jubah uolls!!morning smile ^^V

dinner atas cruise,Restaurant Aurora
nak sambut junior punye pasal.maka terbentuklah lajnah istiqbal yg AJK nye terdiri drpd senior 11 org yg dah balik awal.lepastu nak menguruskan 95 org budak baru..haa,tak cukup tgn kau jah!! tapi kire mcm best jgaklah first time jadi fasi,mengurus adik2(ade abg2 hencem jgak) mcm mana nk survive duduk kat mesir.bawak diorang beli barang,ronda2 Assiut.pegi taman,naik bot and mcm2 lagi lah kitorang buat.

sementara tggu junior masuk dewan,sempat bergwiyomi !!!

untuk UIA 2013 ni,ade 10 org junior diletakkan bwh tggungawab Ummu Najwa..huu,serius gelabah jgak lah nk handle adik2 ni.(adek lah sgt!!)..yelah adek kat rumah ade 2 org.sekali kene jga 10 org.penatlah jugak tapi seriously best sgt diorang nii..

sebenarnya dalam gambar ni ada 4 org je yg lagi muda dari aku.so tklah junior sgt.

kesimpulannya,diharap kita semua akan menjadi warga Assiut yang harmoni dan saling bantu-membantu baik dalam pelajaran mahupun kehidupan seharian.semoga Allah menguatkan silaturrahim kita semua.ok,untuk adik2 jgn sakit rumah (homesick)..kite semua kat sini adalah keluarga,walaupun kita bukan berada di Malaysia.yang penting,tajdid niat selalu dan fokus dengan matlamat asal kedatangan kita di bumi ambiya' ni.



Monday, 7 October 2013

my lovely family

assalamualaikum
hello peeps..ini adalah penangan sakit rumah (baca 'homesick')..sebab sekarang tengah sibuk uruskan junior2 yang baru masuk.dan bau bilik diorang semua bau Malaysia yg buatkan aku jadi rasa betul2 nak balik rumah.dan tambahan pulak semua orang duk sibuk buat video tuk program usbu' istiqbal,so rase nak buat video jgak...jadi nilah hasilnya.main2 buat video online from animoto..

enjoy the video!!

my lovely family


#program kali ni,macm biasa ..jadi s/u tapi merangkap buat semua keje jgak..moga Allah mudahkan semua urusan senior Assiut.^^v