Tuesday, 15 October 2013

Eidul Adha di upper Egypt

Assalamualaikum.
hello peeps.salam Aidil Adha.kullu sanah wa antum toyyibin...
Alhamdulillah,Allah celikkan lagi mata kita untuk menyambut hari kemenangan umat Islam ini..kalau tahun sebelum ni biasanye turun Cairo balik kampung rumah negeri Selangor,raya kali ni disebabkan Assiut pun dah ramai orang Melayu,AQM pun berkorban kat sini jadi kami semua pakat raya kat Assiut ja.so far sgt fine and fun jgaklah beraya kat sini..qurban kali ni adlh collaboration antara pihak AQM dan clubhouse AUN.

solat sunat adil adha kat luar sebab masjid dah penuh


  • Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang.
  • Dari segi syara‘ bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam :

undefined

Maksudnya:

“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”




Perkataan qurban bermakna qarib atau dekat. 

Dengan melaksanakan ibadah qurban, maka diharapkan agar hubungan kita sebagai makhlukNya semakin dekat kepada Al-Khaliq iaitu Allah swt.

"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syari'atkan penyembelihan Qurban supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Rabb-MU adalah Allah yang satu karena itu berserah dirilah kamu kepada-NYA. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh." [Al-Hajj 22: 34]


Dulu kesian kat kambing, sebab dia kena sembelih sampai mati. Sekarang kesian kat diri sendiri, sebab kambing tu dah dijanjikan syurga tapi diri sendiri belum tentu lagi.


warga Malaysia di Assiut

gambar2 juniors yang dicuri di Facebook


panorama eidul adha yang ceria

salam eidul adha
 "Hambamu telah datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah. Hambamu telah datang menyambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah milik-Mu, tiada sekutu bagi-Nya"

No comments:

Post a Comment